PROGRAM JOM MEMBACA SEMPENA HARI BUKU SEDUNIA

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


YBhg. Dato/ Prof/Tuan/Puan,


SUMBANGAN ANAK-ANAK YATIM/YATIM PIATU SEMPENA PROGRAM JOM MEMBACA SEMPENA HARI BUKU SEDUNIA

Sukacita dimaklumkan bahawa Perpustakaan Perubatan Tun Abdul Razak, Hospital Al-Sultan Abdullah akan mengadakan program Jom Membaca Sempena Hari Buku Sedunia bersama-sama anak-anak yatim/yatim piatu daripada Rumah Aman Children’s Home, Pertubuhan Sabar bersama rakyat Malaysia (BARA).

 

Sehubungan itu, pihak Perpustakaan Perubatan Tun Abdul Razak, Hospital Al-Sultan Abdullah amat mengalu-alukan sumbangan dari semua warga UiTM untuk disumbangkan kepada anak-anak yatim/yatim piatu melalui program Jom Membaca Sempena Hari Buku Sedunia (program ini diawalkan pada 17 April 2023 kerana sambutan Hari Raya Aidilfitri jatuh pada 23 April 2023).

 

Senarai Bentuk Sumbangan:

  • Sedekah Raya
  • Barang keperluan Raya
  • Barang keperluan persekolahan
  • Makanan / Pack Food / Biskut  

 

Untuk makluman YBhg. Dato/ Prof/Tuan/Puan, booth sumbangan akan dibuka di Lobi Anjung Zam-Zam Aras 2, Hospital Al-Sultan Abdullah (HASA) bermula pada 6-13 April 2023 pada pukul 9.00 pagi-4.00 petang.

 

Semoga sumbangan dari YBhg. Dato/ Prof//Tuan/Puan mendapat keberkatan Allah S.W.T dalam meraikan anak-anak yatim/yatim piatu di samping dapat memberi tumpuan amalan ibadah puasa di Bulan Ramadhan yang penuh barakah.

© COPYRIGHT PERPUSTAKAAN TUN ABDUL RAZAK 2023.