Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera,
YBhg. Dato'/ Prof./ Tuan/ Puan,
TAKLIMAT PENGURUSAN REKOD DAN FAIL
Pihak Perpustakaan Perubatan Tun Abdul Razak, HASA menganjurkan Taklimat Pengurusan Rekod dan Fail yang akan diadakan seperti butiran berikut:
Program : Taklimat Pengurusan Rekod dan Fail
Lokasi : Makmal Komputer Perpustakaan Perubatan Tun Abdul Razak, Aras 3 Hospital Al-Sultan Abdullah (HASA)
Tarikh : 27 Julai 2023 (Khamis)
Masa : 9.00 pagi- 12.00 tengah hari
Penceramah : Puan Siti Fazlina Mohamed Raffi, Pustakawan Kanan, PTAR Kampus Puncak Alam, UCS
Taklimat Pengurusan Rekod dan Fail dianjurkan dengan matlamat utama untuk memberi pendedahan dan panduan dalam pengurusan rekod dan fail di pejabat. Pengurusan rekod penting universiti adalah merupakan salah satu fungsi Unit Arkib di perpustakaan dan ianya merupakan insiatif di peringkat PTAR HASA. Taklimat ini juga dapat memberi khidmat konsultasi dan mengenalpasti jenis-jenis dokumen mengikut klasifikasi dan dokumen-dokumen yang boleh dilupuskan.
Sekian, terima kasih.
“MALAYSIA MADANI”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Perpustakaan Perubatan Tun Abdul Razak,
Hospital Al-Sultan Abdullah (HASA)
Like and follow us
https://www.facebook.com/ptar.huitm
https://huitm-library.blogspot.com/
https://hospital.library.uitm.edu.my/
https://www.tiktok.com/@pptarhasa