MAJLIS MENANDATANGANI MEMORANDUM PERJANJIAN (MoA) ANTARA HOSPITAL AL-SULTAN ABDULLAH UiTM DAN SINAR CAHAYA REZEKI TRADING & TRIplc MEDICAL SDN. BHD.

HOSPITAL AL-SULTAN ABDULLAH (HASA), UiTM METERAI MoA BERSAMA PENAJA PROJEK READING CORNER@HASA DAN LIBRARY COMMUNITY ENGAGEMENT AREA (LCE)
 
25 Jun 2024 - Hospital Al-Sultan Abdullah (HASA), UiTM menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) bersama penaja Projek Reading Corner@HASA dan Library Community Engagement Area (LCE), TRIPLC Medical Sdn. Bhd dan Sinar Cahaya Rezeki Trading.
 
Profesor Dr. Mohd Zamrin Dimon, Pengarah HASA berkata, jalinan kerjasama itu sebagai inisiatif untuk memupuk budaya ilmu dalam kalangan komuniti HASA melalui penyediaan sudut bacaan di premis HASA.
 
Pelanggan yang menunggu giliran untuk mendapatkan konsultasi mahupun rawatan disajikan dengan bahan bacaan di sudut bacaan tersebut. Reading Corner tersebut juga boleh dijadikan platform untuk pihak penaja berkongsi maklumat syarikat dan mempromosi perkhidmatan yang ditawarkan oleh syarikat masing-masing.
 
HASA diwakili Profesor Dr. Mohd Zamrin Dimon, Pengarah HASA dan Dr Izzat Ismail, Timbalan Pengarah (Sokongan Klinikal) manakala TRIPLC Medical Sdn. Bhd diwakili Tuan Haji Taufik Afendy Othman, Pengarah Urusan dan Sinar Cahaya Rezeki Trading pula diwakili Puan Azlina Mutaffa Kamal, pemilik syarikat.
© COPYRIGHT PERPUSTAKAAN TUN ABDUL RAZAK 2023.