Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera,
YBhg. Dato'/ Prof./ Tuan/ Puan,
JEMPUTAN MENYERTAI PROGRAM SPEED READING
Pihak Perpustakaan Perubatan Tun Abdul Razak, HASA ingin menjemput YBhg. Dato'/ Prof./ Tuan/ Puan menyertai program Speed Reading yang akan diadakan seperti butiran berikut:
Program : Speed Reading
Lokasi : Makmal Komputer Perpustakaan Perubatan Tun Abdul Razak, Aras 3 Hospital Al-Sultan Abdullah (HASA)
Tarikh : 13 September 2023 (Rabu)
Masa : 9.00 pagi- 11.00 pagi
Penceramah : Puan Wan Rohani Wan Chin, Pustakawan Kanan, Perpustakaan Perubatan Tun Abdul Razak
Program Speed Reading dianjurkan adalah untuk memperkenalkan teknik membaca dengan pantas, menjimatkan masa pembacaan serta memaksimumkan kualiti bacaan. Selain itu, program speed reading juga membantu mengasah, menguatkan daya pemikiran, ingatan dan meningkatkan fokus terhadap bahan bacaan. Penyertaan adalah terhad kepada 30 orang sahaja.
Warga yang berminat untuk menyertai program ini boleh mengisi borang pengesahan kehadiran melalui pautan berikut: BORANG PENGESAHAN KEHADIRAN PROGRAM SPEED READING.
Pengesahan kehadiran perlu dilakukan sebelum 13 September 2023, Rabu. Untuk makluman, jam latihan (Staf UiTM sahaja) dan sijil penyertaan akan diberikan selepas program selesai.
Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, bolehlah berhubung dengan Puan Nurul Atika Harud Din di talian 03-33963000 samb. 12802 atau email This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it..
Sekian, terima kasih.
“MALAYSIA MADANI”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Perpustakaan Perubatan Tun Abdul Razak,
Hospital Al-Sultan Abdullah (HASA)
Like and follow us
https://www.facebook.com/ptar.huitm
https://hutim-library.blogspot.com/
https://hospital.library.uitm.edu.my/
https://www.tiktok.com/@pptarhasa
Customer Service
Perpustakaan Perubatan Tun Abdul Razak
Hospital Al-Sultan Abdullah
Universiti Teknologi MARA,
42300 Bandar Puncak Alam,
Selangor Darul Ehsan Malaysia.
03-3396 3000 | (ext) 12807 | 12805 | 12803 |
|
03-3396 3000 (ext) 12801 | Consultation Services | Wan Rohani Wan Chin 03-3396 3000 (ext) 12802 | Consultation Services | Nurul Atika Harud Din |
|
Email: library.huitm@uitm.edu.my |