Events Calendar

PERTANDINGAN SENI KREATIF: SENI BERBAHASA SENI WARISAN KITA
From Monday 19 June 2023 -  8:00AM
To Friday 07 July 2023 - 11:59PM
Hits : 364
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

 

PERTANDINGAN SENI KREATIF: SENI BERBAHASA SENI WARISAN KITA

 

Assalammualaikum & Salam Sejahtera.

YBhg. Dato/ Prof/ Tuan/ Puan,

JOM SERTAI PERTANDINGAN SENI KREATIF: SENI BERBAHASA SENI WARISAN KITA

Pihak Perpustakaan Perubatan Tun Abdul Razak, Hospital Al-Sultan Abdullah (HASA) berbesar hati ingin menjemput warga HASA yang berminat untuk menyertai Pertandingan seni kreatif: Seni Berbahasa Seni Warisan Kita. Tujuan pertandingan ini diadakan adalah untuk menggalakkan penggunaan seni berbahasa seperti berpantun, bersajak dan bersyair dalam usaha untuk mengekal dan mengembangkan khazanah puisi melayu tradisional dan warisan bangsa.

Pertandingan ini memerlukan peserta untuk menyediakan video yang menarik dan dihantar kepada pihak perpustakaan sebelum atau pada 7 Julai 2023Video yang terpilih sebagai pemenang akan dimuatnaik di laman sosial perpustakaan (tiktok, facebook dan website).

Butiran mengenai pertandingan ini adalah seperti berikut:

  • Tempoh penghantaran video: 19 Jun - 7 Julai 2023
  • Terbuka kepada semua warga HASA
  • Konsep video: khazanah puisi melayu tradisional dan warisan bangsa - seni berbahasa seperti berpantun, bersajak dan bersyair
  • Durasi video: 3 minit
  • Penghantaran video melalui Google Form: https://forms.gle/RfQwvEEHk9Nxk2M77
  • Pengumuman pemenang: 17 Julai 2023, Isnin.

Sebarang pertanyaan lanjut bolehlah berhubung dengan Puan Wan Rohani Wan Chin atau Cik Nur Fatini Ahmad Fazli di talian 03-3396 3000 samb. 12801/ 12803.

 

Sekian, terima kasih.

 

“MALAYSIA MADANI”

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

 

Perpustakaan Perubatan Tun Abdul Razak,

Hospital Al-Sultan Abdullah (HASA)

 

 

Like and follow us

https://www.facebook.com/ptar.huitm

https://hutim-library.blogspot.com/

https://hospital.library.uitm.edu.my/

https://www.tiktok.com/@pptarhasa

© COPYRIGHT PERPUSTAKAAN TUN ABDUL RAZAK 2023.