BENGKEL ASAS SOKONGAN PENYELIDIKAN
Image

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera,

 

YBhg. Dato'/ Prof./ Tuan/ Puan,

 

JEMPUTAN MENYERTAI BENGKEL ASAS SOKONGAN PENYELIDIKAN

Sukacita dimaklumkan bahawa Hospital Al-Sultan Abdullah (HASA) UiTM menerusi inisiatif Perpustakaan Perubatan Tun Abdul Razak dan Jabatan Penyelidikan, Jaringan Industri dan Inovasi (PJI) HASA amat berbesar hati menjemput YBhg. Dato'/ Prof./ Tuan/ Puan menyertai Bengkel Asas Sokongan Penyelidikan yang akan diadakan seperti butiran berikut:

 
Program        : Bengkel Asas Sokongan Penyelidikan

Lokasi            :  Makmal Komputer Perpustakaan Perubatan Tun Abdul Razak, Aras 3 Hospital Al-Sultan Abdullah (HASA)

Tarikh             : 14 dan 15 Mac 2023 (Selasa dan Rabu )

Masa              : i) 9.00 pagi- 4.00 petang (14 Mac) /
                         ii) 9.00 pagi-12.00 tengah hari (15 Mac)

 

  • Modul 1          : Searching Techniques and Online Database

             Pengajar       : Puan Wan Rohani Wan Chin (Pustakawan Kanan)

                                     & Puan Nurul Atika Harud Din (Pustakawan)

 

  • Modul 2          : Reference Management Using Endnote & Mendeley

             Pengajar       : Puan Wan Rohani Wan Chin (Pustakawan Kanan)

                                     & Puan Nurul Atika Harud Din (Pustakawan)

 

  • Modul 3          : Bibliometric Search

             Pengajar       : Ts. Dr. Noor Zaidi Bin Sahid, 

                                      Ketua Unit Pembangunan Perniagaan, Kolej Pengajian Pengkomputeran, 

                                      Informatik dan Media, UiTM

 

  • Modul 4          : Systematic Literature Review

             Pengajar       : Dr. Ranita Hisham,

                                      Pustakawan Kanan, T.J Daaraj Medical Library, Universiti Malaya 

 

Bengkel asas sokongan penyelidikan yang akan berlangsung selama dua (2) hari dianjurkan dengan matlamat utama untuk memberi pendedahan dan maklumat mengenai asas sokongan penyelidikan yang disediakan oleh pihak perpustakaan, meningkatkan kefahaman dan mengaplikasikan kaedah-kaedah dalam penyelidikan yang bersesuaian. Penyertaan adalah terhad kepada 30 orang sahaja.

Warga yang berminat untuk menyertai bengkel ini boleh mengisi borang pengesahan kehadiran melalui pautan berikut: BORANG PENGESAHAN KEHADIRAN BENGKEL ASAS SOKONGAN PENYELIDIKAN.

Pengesahan kehadiran perlu dilakukan sebelum atau pada 9 Mac, Khamis. Untuk makluman, jam latihan (UiTM sahaja) dan sijil penyertaan akan diberikan selepas program selesai.

Hadiah juga disediakan bagi peserta yang berjaya menjawab soalan kuiz.

 

Sekian, terima kasih.

 

“MALAYSIA MADANI”

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

 

Perpustakaan Perubatan Tun Abdul Razak,

Hospital Al-Sultan Abdullah (HASA)

 

 

Like and follow us

https://www.facebook.com/ptar.huitm

https://huitm-library.blogspot.com/

https://hospital.library.uitm.edu.my/

 

© COPYRIGHT PERPUSTAKAAN TUN ABDUL RAZAK 2023.