PERTANDINGAN KITA BACA KITA CERITA : JOURNEY TO THE UNKNOWN

 

السلامعليکم ورحمة الله وبرکاته dan Salam Sejahtera

Y.Bhg. Dato’/Datuk/Prof/Dr./Tuan/Puan, 

JEMPUTAN MENYERTAI PERTANDINGAN KITA BACA KITA CERITA : JOURNEY TO THE UNKNOWN

Butiran mengenai pertandingan ini adalah seperti berikut:

  • Tempoh penghantaran video: 4  Disember - 15 Disember  2023
  • Terbuka kepada semua warga Hospital Al-Sultan Abdullah (HASA)
  • Konsep video: Peserta meminjam sebuah buku daripada Perpustakaan Perubatan Tun Abdul Razak (PPTAR) untuk dipersembahkan di dalam rakaman tersebut.
  • Durasi video: Minimum 3 minit, Maksimum 5 minit
  • Penghantaran video melalui Google Form
  • Pengumuman pemenang:  20 Disember 2023, Rabu.

Pertandingan Kita Baca Kita Cerita : Journey to the Unknown ini diadakan adalah untuk memelihara dan mengekalkan budaya membaca dalam kalangan warga Hospital dan generasi akan datang serta dapat memberikan peluang kepada warga HASA dan warga UiTM untuk menunjukkan kreativiti masing-masing.

Pertandingan ini memerlukan peserta untuk menyediakan video yang kreatif dan dihantar kepada pihak perpustakaan sebelum atau pada 15 Disember 2023. Video yang terpilih sebagai pemenang akan dimuat naik di laman sosial perpustakaan (tiktok, facebook dan website).

Kepada warga yang berminat untuk menyertai pertandingan ini, boleh mengisi borang pertandingan melalui pautan berikut: PERTANDINGAN KITA BACA KITA CERITA : JOURNEY TO THE UNKNOWN ← (CLICK HERE).

Sebarang pertanyaan lanjut boleh berhubung dengan Puan Nurul Atika Harud Din atau Cik Nur Fatini Ahmad Fazli di talian 03-3396 3000 samb. 12802 / 12803.

Sekian, terima kasih. 

 

اوسها، تقوى، موليا

“MALAYSIA MADANI”

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

 

Perpustakaan Perubatan Tun Abdul Razak

Hospital AL-Sultan Abdullah 

UiTM Puncak Alam.

Like and follow us

https://www.facebook.com/ptar.huitm

https://huitm-library.blogspot.com/

https://hospital.library.uitm.edu.my/

https://www.tiktok.com/@pptarhasa

 

 

 

 

 

About UiTM Library

Contact Us

 

Customer Service

Perpustakaan Perubatan Tun Abdul Razak
Hospital Al-Sultan Abdullah

Universiti Teknologi MARA,
42300 Bandar Puncak Alam,
Selangor Darul Ehsan Malaysia.

 

 

 

03-3396 3000 | (ext) 12807 | 12805 | 12803

 

03-3396 3000 (ext) 12801 | Consultation Services | Wan Rohani Wan Chin

03-3396 3000 (ext) 12802 | Consultation Services | Nurul Atika Harud Din

  Email: library.huitm@uitm.edu.my

 

 

 

   

 

© COPYRIGHT PERPUSTAKAAN TUN ABDUL RAZAK 2023.