JOM SERTAI PROGRAM HARI TERBUKA PERPUSTAKAAN 2024.

السلامعليکم ورحمة الله وبرکاته  dan Salam Sejahtera,

YBhg. Dato/ Prof/ Tuan/ Puan,

JOM SERTAI PROGRAM HARI TERBUKA PERPUSTAKAAN 2024.

Pihak Perpustakaan Perubatan Tun Abdul Razak, Hospital Al-Sultan Abdullah (HASA) berbesar hati ingin menjemput warga HASA yang berminat untuk menyertai Program Hari Terbuka Perpustakaan 2024. Tujuan Hari Terbuka Perpustakaan ini dianjurkan adalah untuk menarik minat warga Hospital Al-Sultan Abdullah (HASA) dan orang awam untuk berkunjung dan menggunakan perkhidmatan perpustakaan.


Program        : Hari Terbuka Perpustakaan 2024
Tarikh            : 17 dan 18 Januari 2024 (Rabu dan Khamis)
Masa             : 9.00 pagi- 4.00 petang
Lokasi           : i) Lobi Anjung Zam-Zam, Aras 2 (Pesta Buku Mini)
                      ii) Perpustakaan Perubatan Tun Abdul Razak, Aras 3 (Aktiviti permainan)



Warga yang berminat untuk menyertai program ini boleh mengisi borang pengesahan kehadiran melalui pautan berikut: BORANG KEHADIRAN PROGRAM HARI TERBUKA PERPUSTAKAAN 2024  (CLICK HERE).

Pengisian borang kehadiran perlu dilakukan sebelum 17 Januari 2024, Rabu. 

Bagi yang berminat untuk menyertai Pertandingan Tulisan Khat Jawi, Anjung Zam-Zam, Aras 2, Hospital Al-Sultan Abdullah pada pukul 8.30 hingga 9.30 pagi dan seterusnya Perasmian Hari Terbuka Perpustakaan 2024 pada pukul 9.30 pagi hingga 10.00 pagi. Para peserta dijemput hadir bagi memeriahkan majlis.

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, bolehlah berhubung dengan Puan Nurul Atika Harud Din atau Cik Nur Fatini Ahmad Fazli di talian 03-3396 3000 samb. 12802 / 12803


Sekian, terima kasih.

اوسها، تقوى، موليا
“MALAYSIA MADANI”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
 
Perpustakaan Perubatan Tun Abdul Razak,
Hospital Al-Sultan Abdullah (HASA)
 
Like and follow us
https://www.facebook.com/ptar.huitm
https://huitm-library.blogspot.com/
https://hospital.library.uitm.edu.my/
https://www.tiktok.com/@pptarhasa

 

About UiTM Library

Contact Us

 

Customer Service

Perpustakaan Perubatan Tun Abdul Razak
Hospital Al-Sultan Abdullah

Universiti Teknologi MARA,
42300 Bandar Puncak Alam,
Selangor Darul Ehsan Malaysia.

 

 

 

03-3396 3000 | (ext) 12807 | 12805 | 12803

 

03-3396 3000 (ext) 12801 | Consultation Services | Wan Rohani Wan Chin

03-3396 3000 (ext) 12802 | Consultation Services | Nurul Atika Harud Din

  Email: library.huitm@uitm.edu.my

 

 

 

   

 

© COPYRIGHT PERPUSTAKAAN TUN ABDUL RAZAK 2023.